Friday, July 24, 2015

Jiran baruku keluarga banggali (aku anak setinggan bhg 4)

Agak lewat aku bangun tidur hari ni maklum tidurpun lambat. Terus aku mandi di perigi sebelah dapur. Air masih terasa sejuk walaupun sudah pukul 9 pagi. Selepas sahaja sarapan aku berniat nak tenguk kawasan sekitar rumah. Hari ni mak buat lempeng je cicah pulak dengan gula. Sedap juga kataku.

"bang jom pergi ronda-ronda sekitar rumah", ajakku pada abang emi yang dari tadi tengah serapan.

"kau jalanlah sorang-sorang", abangku menolak ajakkanku.

"takpelah saya pergi seorang", aku tak kisahpun. Kalau dulu kat kampung aku selalu bermain dengan amin dan uda, rakan sekampung. Jarang bermain dengan abang. Abang seorang yang aktif dalam sukan berbanding dengan aku segala-gala lembik kata abang aku selalu lengit.

"kau nak kemana tu zam?" dengar je suara abah aku cepat-cepat menyelinap keluar dari pintu dapur. Aku menyelusuri jalan berbecak depan rumah ke rumah jiran kami. Semalam kami kena lalu rumah jiran tersebut dahulu baru menuju rumah kami. Oleh kerana jalan kecil dan berbecak kami terpaksa angkat barang sendiri. Loripun tak boleh masuk. Aku berlari-lari anak melintasi rumah jiran.

"nenek buat apa?", tegurku pada seorang perempuan tua didapur rumah tu. Agak terkejut juga nenek tu melihat aku terpacul depan pinta dapur rumahnya. Rambutnya sudah putih dan dilitupi dengan selendang putih. Pakaian ala-ala orang Indiapun ada. Nenek tu hanya memandang je aku tanpa jawab sepatahpun. Aku lihat dia tengah memasak lempeng tapi lempengnya lain dari lempeng mak masak, Nampak kering je..sesekali dia akan belek-belek lempeng tu supaya tak hangus. Di sebelah dapur lempeng tu aku lihat nenek sedang menengek air dalam balang besar.

 " Air ke tu nek?", tanyaku. tetapi kenapa berbuih lak air tu? Pelik gak aku tenguk.

"dey tu susu lah?' tiba-tiba muncul seorang lelaki kurus tinggi dan berjambang menjawab pertanyaanku.

"ooo", jawabku ringkas. Mungkin anak lelaki nenek ni kot telaah aku. Aku perhati lagi mereka berdua mereka bercakap dengan bahasa yang pelik. Selalu aku tengok cerita hindu kat TV, mereka menggunakan bahasa itu. Mungkin bahasa hindu, mungkin juga bahasa banggali. entah..

"adik siapa nama?" tanya lelaki tu. "zam", rimgkas jawabku.

"kenal aney tak?" tanya dia. Aney siapa aney?

"ooo sory aney tu abang dalam bahasa india", lelaki tu terangkan bila dia lihat muka aku kehairanan.

Aku geleng-geleng kepala.

"aku abang Ali, aku baik sama bapa awak, aku bagi bapa awak rumah", sambil dia tunjuk rumah baru aku tu..

'Dulu itu rumah kandang lembu aku, tapi semua lembu sudah pindah sebeleh sini", abang ali tunjukkan beberapa ekor lembu di sebelah kiri rumahnya. Sebuah kandang yang sederhana besar dan terbuka menyebabkan baunya busuk semerbak.

Aku terkejut juga rumah baru aku ni bekas kandang lembu! Kenapalah abah pindah rumah kandang lembu? Kalau dahulu rumah kampung terasa seronoknya walaupun aku perhati rumah kampung tu macam tak siap tetapi abah akan perbaiki dan lama kelamaan bertambah cantik. Di tambah lagi halaman rumah penuh dengan pokok-pokok bunga dan rumput yang menghijau. Sungguh selesa. Abahpun rajin tanam pokok pisang dan rambutan serta mangga sekitar rumah, semua tu seronok bagi aku. Kini duduk rumah kandang lembu dan persekitaran pun tak cantik.

"Dey tambi jangan main dalam itu kolam amat bahaya", abang ali beri amaran. Ada sebuah kolam depan rumah aku tapi penuh dengan rampai, Itu kot maksud abang ali.

Terasa lenguh kaki berdiri lama depan pintu dapur rumah abang Ali. Akupun berjalan menuju jalan keluar, ada sebuah jambatan kecil di sediakan. Jambatan tersebut betul-betul mengadap depan rumah abang ali. Kenderaan lain tidak boleh masuk kecuali motosikal. Ia merentasi sebuah sungai yang agak cetek tetapi bersih airnya. Sedap kalau dapat mandi ni. Bisik hatiku tetapi sungai ni tak sebesar sungai dekat kampung lama ku. Sekali lagi aku rasa tak seronok tinggal di sini.






Hari pertama tidur di rumah baru (aku anak setinggan bhg 3)

Hari ini semua kena tidur cepat maklum penat angkat barang siang tadi. Jadi akupun ambil peluang tidur di bilik baru tapi macam biasa tidur atas tilam tanpa katil. Kami adik beradik seramai 6 orang tidur berimpit-impit dengan beberapa tilam dibentang.

"Kau tidurlah jauh sikit menyibuk je", arah abang mie pada aku. "taknak sejuk lah", aku membantah.

Sesekali abang aku menolak aku jauh sikit. Memang sungguh sejuk tempat baru ni. Sebelah rumah kebun getah milik siapa akupun tak tahu, sesekali bunyi cengkerik dan pelbagai binatang hutan membuatkan aku takut juga.

Malam dah larut sangat tapi mata aku masih terkebil-kebil. Rumah baru agaknya sebab tu mata tak boleh lelap. Terasa mengantuk sangat, sudah menguap berkali-kali tetapi baru sahaja mata nak lelap tetiba bunyi bising menerjah telinga. " laa bunyi enjin dan hon keretapi rupanya", getus hatiku. Aku tengok abang aku dan adik2 lain sudah lelap tapi aku masih berjaga.

Aduh perut sakit pulak, kat mana nak buang nie. Aku perati siang tadi takde jamban abah belum buat. Nak keluar rumah waktu2 begini dah tentu menakutkan. Nak kejut mak dan abah tentu mereka sudah tidur. Kang kena marah pulak. Macam mana nie? Akhirnya aku ambil keputusan buat lubang je depan halaman rumah. Aku teringat cangkul abah letak dekat pokok tadi. Disebabkan tersangat takut aku cepat-cepat keluar rumah dan buat lubang dan kambus balik takut abah tau pulak. Fuh legaa. Basuh pula kat perigi sebelah dapur tadi.

Aku masuk senyap2 dalam rumah. 'kau buat tadi zam", tetiba mak aku terpacul depan pintu. tekejut juga aku. 'Berak tadi mak", kataku. 'Kat mana kau berak?' tanya mak. 'Emm...teragak-agak aku nak jawab. 'dalam semak mak", daleh aku. "dah pergi tidur", arah mak. Aku terus masuk tidur. Kali nie aku paksa diriku tidur. Akhirnya aku tertidur juga.

Monday, December 15, 2014

'Jiwa Merana' JM Aziz

Penyair Laut JM AZIZ

Aku bukanlah seorang penyair bukan juga seorang penyajak tetapi seingat aku pernah menyimpan satu sajak yg aku ingat ketika seusia 20 an lagi. Karya itu aku simpan elok-elok dan aku lekat diatas kertas kajang tetapi sayangnya kertas tersebut telah hilang. Teringat aku kepada penulis sajak tersebut. 
Hayati  karya-karya laut beliau yg banyak dipopularkan. Sungguh meruntun jiwa....


Hasil-hasil karya beliau yang dilagukan. 


































Hidupku tak seindah suria pagi.







Sudah lama saya tak menulis sesuatu dalam blog ini. Tangan ini terasa kematu untuk menaip setiap ayat dan otak membeku tak tahu nak tulis apa.

Hampir 6 tahun, sibuk dengan dunia tetapi tidak ke mana. Akhirnya terjelepuk dan terduduk kerana hasil usaha 7 tahun dlm bisnes hanyut dimamah ombak. Cita-cita selama dalam bisnes untuk mengumpul sebanyak harta akhirnya hampir musnah. Bukan harta yang dikumpul tetapi bala pula menimpa, hutang keliling pinggang, segala masalah bertimpa-timpa datang.


Ya Allah!! Apa dayaku hanya engkau tempatku berserah. Tiada tuhan yang ku sembah melainkan engkau. Lebih 5 bulan aku menyepi dari melakukan sebarang aktiviti perniagaan. Aku tercari-cari arah serta menyelusuri permasalahan diri, keluarga dan kepada Mu Allah. Mana silapku? Mana dan mana segala nya datang persoalan. Aku tidak tahu memulakan dari mana tetapi aku tahu aku perlu ke arah Mu. Segala sesuatu atas kehendakMu tetapi atas kekilafan diriku.



Monday, July 20, 2009

Aku anak setinggan bhg 2

Sudahlah mandi tuh..hari semakin gelap..pergi masuk..bawa adik kau pakai baju..arahan mak jelas dari dapur.

Aku lihat mak sibuk meniup sesuatu di dapur..kekadang tertunduk sesekali menyeka matanya yang berair disebabkan asap yang keluar. Mak tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam.

Hari ni merupakan hari pertama aku tidur di rumah baru. Bukan baru sangat pun..bentak hatiku..tapi macam rumah tumpangan aje. Mak, rumah ni tak selesalah..rumah kita dulu lagi bagus kan? kataku. Mak hanya angguk-angguk..entah dengar entah tidak..Mungkin aku terlalu kecil untuk memahami mengapa kami berpindah ke setinggan kembali padahal kami telah ada rumah dan tanah sendiri. Seingat aku mak pernah bercerita aku dilahirkan di kawasan setinggan juga, Kg. Sentosa.

Aku bergerak ke ruang tamu..agak besar tetapi kosong barang semua bersepah lagi..aku lihat abah sedang memasang lampu gesolin..agak susah menekannya..sampai kekadang abah merungut-rungut sendirian. Andai kata tak dpat pasang alamat bergelaplah kita yea malam nie..getu abah.

Aku masuk ke bilik bersiap-siap untuk solat berjemaah dan bacaan yassin, begitu juga dengan adik beradik, arah abah. Lampu gasolin yang malap kini terang benderang memenuhi ruang rumah. Selepas solat maghrib berjemaah dan bacaan tahlil serta yassin, antara kami adik beradik dan abah sebagai kepala. Kami menikmati makanan masakan mak berjemaah juga. Aku rasa makanan mak berbeza sedapnya malam ni maklumlah guna kayu getah carian abang. Kata abah macam tuh la..sambil dia senyum kat emak. Rasa amat bahagia malam ni. Bukan selalu kami dapat makan bersama. Terubatlah sikit hatiku walaupun pada permulaannya hatiku gusar nak tinggal di sini.

Bersambung....

Aku anak setinggan

1983 - Setinggan Kg. Sungai Tangkas

Mak, kita di mana ni? Takutlah tinggal kat sini. bising. tak boleh tidur. Nyamuk banyak. Kenapa kita pindah sini? Kan seronok duduk kat Kampung dulu...

Rungutku sambil memucung mulut ke arah mak. Tapi mak buat tak endah ajer..adik beradikku semua sibuk angkat barang ke hulu ke hilir..

Ingatan ku kembali ke kampung lama. Boleh bermain bola tepi Sungai Kelang..mandi manda kat sungai sebelah rumah. Suasana pun seronok. kawan ramai..

Hey..apa termenung tuh? Tolong abah angkat barang-barang ni. Pekik abah dari atas lori..terkejut aku mematikan lamunan aku.

Aku berlari ke arah lori yang penuh dgn barang rumah. Angkat sedikit barang kecil berpadan dengan badanku yang kurus dan kecil. Penuh dengan becak kawasan ni..susah orang nak lalu lalang..rungut hatiku. Sambil bawa barang tuh aku lalu di hadapan sebuah rumah orang bengali. Sebelah rumah nya ada bangsal lembu. Bau busuk betullah sambil tangan sebelah menutup hidung. Aku cepat-cepat hantar barang ke dalam rumah. Rasa macam nak muntah kalau lama-lama di situ.

Penat rasanya hari ini. Selepas makan aku berjalan-jalan sekitar rumah baru ku..hah menarik ni..aku cuba panjat batuan sebelah rumah. Hampir sampai sahaja di atas tiba-tiba datang sebuah keretapi menyebabkan aku lari lintang pukang turun dan terus masuk ke dalm rumah rumah. Bunyi hon keretapi tuh memeranjatkan aku. Kuat dan membingitkan.

Tuhlaa..mak dh cakap jangan pergi arah tuh. Bahaya. Bebel mak. Serik dah aku naik batuan tuh dah lah panas, bunyi bising pulak tu.

Dah tuh pergi bawa adik mandi. Kata makku. Tapi mak..bilik mandi tak siap lagi. Kataku. Mandilah kat tepi perigi tu. Tapi hati-hati jangan sampai terjatuh pulak. Aku ikut sahaja arahan mak. Tempat baru, bilik air tak siap lagi, jadi kami mandi terbuka aje. Airpun sejuk dan nyaman. Sesekali aku mejenguk ke dalam perigi memang betul kata mak amat dalam.

Bersambung...